Tuesday, January 5, 2010

Pendaftaran ditutup untuk sesi penggal pertama 2010

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih di atas perhatian Tuan/Puan ibu bapa sekalian untuk pendidikan anak-anak Tuan Puan dengan berminat untuk menghantar anak-anak ke Paka Home Private Tuition.

Saya ingin memaklumkan bahawa pendaftaran ditutup untuk penggal pertama 2010 ini kerana semua sesi telah dipenuhi. Memandangkan saya menerima banyak message dan call dari ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak lagi, saya membuat pengumuman ini.

Pendaftaran akan dibuka kembali untuk sesi kedua 2010.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tuan/Puan kepada Paka Home Private Tuition.

Sunday, January 3, 2010

My Home Tuition Centre

Alhamdulillah 5 orang pelajar akan memulakan sesi tuisyen bermula minggu ini. Berikut merupakan pelajar-pelajar yang terdiri daripada kejiranan saya:

1) Ebi (anak K.Dah) : Matematik, Sains dan English
2) Anak K.Zan : Matematik, Sains dan English
3) 3 orang anak K.Ina : Matematik, Sains, English dan Bahasa Melayu


Mereka nak panggil saya Teacher Huda. Saya kata panggil K.Huda aje. Teacher Huda lagi best mereka kata... Okla..teacher Huda pun teacher huda la =)

Setakat ini kelas diadakan di rumah saya pada waktu siang. Dan agak pack juga sebenarnya masa saya. Malam setakat ni saya kosongkan. Untuk aktiviti saya yang lain dan kelas ganti.

"Huda boleh ajar Bahasa Arab tak?", tanya K.Ina.
"Tak berani la kak. Belajar dulu sampai Form 3 je. Banyak lupa dah. Ajar mengaji Quran boleh", balas saya.