Thursday, November 25, 2010

ATTENTION

Urgent note : My handset can't be reached for these few days. Some problem. Pls email me at firnass@gmail.com for any matters.

Mrs. Sharma from Kerteh...please email me your daughter timetable so that I can arrange her tuition timetable. Sorry and thank you.

Wednesday, October 27, 2010

Tuisyen semasa cuti sekolah 2010 dibuka sekarang

Teacher Huda sudah kembali =)

Alhamdulillah baby Balqis dah berusia 3 bulan sekarang. Dan hampir 3 minggu memulakan kembali tuisyen saya setelah ibu bapa request untuk tuisyenkan anak mereka juga untuk peperiksaan OTI akhir mereka.

Masih mencari tuisyen untuk anak anda semasa cuti sekolah ini sekitar Paka, Kerteh, Dungun? Hubungi saya (013 4906806) untuk maklumat lanjut, tapi secara overview nya begini:

TARIKH : 20 November 2010 - 2 January 2011 (sepanjang cuti sekolah)

WAKTU : Siang dan weekdays sahaja

SUBJEK : BM, BI, MATH, SCIENCE untuk sekolah rendah
: MATH untuk sekolah menengah

YURAN : RM10 per hour (sekolah rendah)
: RM15 per hour (sekolah menengah)

TEMPAT : Rumah saya di Limbong, Paka


*masa untuk tuisyen boleh dibincang lanjut dan flexible ikut availability anak-anak anda. (kot-kot nak balik kampung ke bercuti ke)

Tuesday, June 22, 2010

Teacher Huda cuti panjang

Assalamualaikum wbt

Insyaallah Teacher Huda akan mula cuti sebagai preparation bersalin my first baby bermula pada 8 Julai 2010. Selepas Hari Raya baru tuisyen akan bermula semula. Badan sudah tidak berapa larat sekarang.

Beberapa hari lepas, baru sahaja memberitahu semua ibu kepada student-student saya berkenaan cuti ini dan hampir semua ibu memberi respon untuk meneruskan tuisyen kembali dengan saya selesai habis pantang. Kemungkinan besar kelas saya selepas ada baby nanti tidak sebanyak sekarang. I'll do my best.

Tambahan subjek Bahasa Arab Darjah 1 diajar oleh Cikgu Iman di rumah saya sejak sebulan yang lalu.

Kepada student-student saya : Shima, Dina, Hafiz, Damia, Azril, Fatin, Anzar, Azrai, Faiz, Syahirah, Damia darjah 2, Aidil, Syafika, Wani, Ika, Aida, Syikin, Ain, Alissa, Asma, Aliff, Azan, Kimi, Amira, Salleh, Akim dan Subha ... sepanjang cikgu takde ni belajar sendiri ye..jangan main je.

Doakan saya selamat melahirkan bayi dengan selamat =)

Tuesday, January 5, 2010

Pendaftaran ditutup untuk sesi penggal pertama 2010

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih di atas perhatian Tuan/Puan ibu bapa sekalian untuk pendidikan anak-anak Tuan Puan dengan berminat untuk menghantar anak-anak ke Paka Home Private Tuition.

Saya ingin memaklumkan bahawa pendaftaran ditutup untuk penggal pertama 2010 ini kerana semua sesi telah dipenuhi. Memandangkan saya menerima banyak message dan call dari ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak lagi, saya membuat pengumuman ini.

Pendaftaran akan dibuka kembali untuk sesi kedua 2010.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tuan/Puan kepada Paka Home Private Tuition.

Sunday, January 3, 2010

My Home Tuition Centre

Alhamdulillah 5 orang pelajar akan memulakan sesi tuisyen bermula minggu ini. Berikut merupakan pelajar-pelajar yang terdiri daripada kejiranan saya:

1) Ebi (anak K.Dah) : Matematik, Sains dan English
2) Anak K.Zan : Matematik, Sains dan English
3) 3 orang anak K.Ina : Matematik, Sains, English dan Bahasa Melayu


Mereka nak panggil saya Teacher Huda. Saya kata panggil K.Huda aje. Teacher Huda lagi best mereka kata... Okla..teacher Huda pun teacher huda la =)

Setakat ini kelas diadakan di rumah saya pada waktu siang. Dan agak pack juga sebenarnya masa saya. Malam setakat ni saya kosongkan. Untuk aktiviti saya yang lain dan kelas ganti.

"Huda boleh ajar Bahasa Arab tak?", tanya K.Ina.
"Tak berani la kak. Belajar dulu sampai Form 3 je. Banyak lupa dah. Ajar mengaji Quran boleh", balas saya.